Pengasas Sugarbook ditahan semula bantu siasatan berkaitan kes rogol dan persundalan

18/02/2021 09:06 PM

SHAH ALAM, 18 Feb — Pengasas aplikasi Sugarbook yang ditolak permohonan reman ke atasnya pagi tadi ditahan semula oleh polis hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol dan persundalan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, penahanan lelaki berusia 34 tahun itu dibuat berikutan satu laporan polis daripada seorang pelajar institut pengajian tinggi pada 2019.

Katanya, kejadian berkenaan berlaku di Subang Jaya pada 19 Februari 2019.

“Lelaki itu telah ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 dan 372 Kanun Keseksaan berikutan laporan polis yang dibuat oleh pelajar wanita berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pagi tadi lelaki berkenaan dibebaskan polis selepas permohonan reman terhadapnya ditolak Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat selepas membuat akujanji akan bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan berkaitan aplikasi itu.

Fadzil berkata pihak Pengarah Pendakwaan Selangor telah membuat permohonan semakan ke atas keputusan penolakan permohonan reman itu.

“Permohonan akan didengar di hadapan seorang Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah di Shah Alam pukul 9 pagi, esok,” katanya.

Terdahulu media melaporkan usahawan tempatan berasal dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada 4.30 petang di sebuah kondominium di Kuala Lumpur semalam.

Dia disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mahkamah tolak permohonan polis tahan reman pengasas ‘Sugarbook’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker