Permaisuri Agong Terima Bil We ❤ You Forever

Baru-baru ini Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsikan satu foto di laman Instagram baginda, menunjukkan gigi crown baharunya yang baginda tempah di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Namun apa yang menjadi perhatian warganet dan pengikutnya adalah, apabila baginda terperanjat dengan bil bayaran yang diterimanya.

Baginda meluahkan rasa gembira dengan gigi crown baharunya itu sambil memuji servis doktor di hospital berkenaan.

Melihat kepada bil yang diterima oleh baginda, rupa-rupanya hospital tersebut tidak mengambil apa-apa bayaran, siap tulis nota “WE LOVE YOU” di ruangan bil berkenaan.



Meninjau di ruangan komen, laman Instagram Baginda dibanjiri dengan komen-komen positif, malah ada yang mengatakan bahawa hospital berkenaan sangat bertuah kerana dapat customer special seperti baginda!

Sumber : Instagram @airtangan_tunkuazizah

Hina Permaisuri Selangor, peniaga menangis didenda RM10,000

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker