PM Israel, Biden adakan perbincangan

18/02/2021 11:59 AM

BAITULMAQDIS, 18 Feb — Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Rabu mengadakan perbincangan pertama mereka melalui telefon, kata pejabat Perdana Menteri.

“Perbualan sekitar sejam itu berlangsung dalam suasana mesra,” kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kedua-dua pemimpin membincangkan mengenai Iran dan isu-isu lain, termasuk perjanjian memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel yang ditandatangani dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.

Perbualan itu diadakan kira-kira sebulan selepas pelantikan Biden.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *