Puluhan cedera dalam gempa bumi di Iran

18/02/2021 07:24 PM

TEHRAN, 18 Feb — Sekurang-kurangnya 43 orang cedera dan sebahagian harta benda musnah dalam kejadian gempa bumi yang menggegarkan wilayah Kohgiluyeh dan Boyer-Ahmad, di barat daya Iran pada malam Rabu.

Menurut Institut Geofizik Universiti Tehran, gempa berkekuatan 5.6 pada skala Richter itu berlaku pada 10.55 malam waktu tempatan (1925GMT), lapor Agensi Anadolu memetik pihak berkuasa tempatan pada Khamis.



Gegaran kuat turut dirasai di kebanyakan wilayah berhampiran termasuk Isfahan dan Shiraz.

Menurut pegawai tempatan selain kerosakan harta benda kejadian turut menyebabkan bekalan elektrik dan air turut terputus di daerah itu.

Menurut penduduk tempatan banyak gegaran susulan berlaku sepanjang malam.

Operasi bantuan dan menyelamat diketuai Persatuan Bulan Sabit Merah masih diteruskan.



Iran rancang jual lebih banyak senjata

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button