SCHA & AWAL KONGSI WAJAH ANAK KEDUA, ‘BABY L’ [VIDEO]

 

 

Selepas seminggu dilahirkan iaitu pada 12 Februari lalu, akhirnya pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah berkongsi wajah anak perempuan kedua mereka secara eksklusif dalam program ‘Schawal Baby Boom’ yang ditayangkan, semalam.

Kata Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, dia tidak menjangka sekali lagi dapat menyaksikan kelahiran anak keduanya yang digelar ‘Baby L’.

“Satu pengalaman paling berharga buat saya dan Scha. Alhamdulillah cukup seminggu Baby L dilahirkan dan kami berkongsi detik bersejarah ini bersama anda yang sering mendoakan kebahagiaan kami.

Image_2.jpg

“Dalam episod istimewa semalam, penonton dapat menyaksikan saat getir proses kelahiran dan buat pertama kalinya mereka berkenalan dengan Baby L secara ekslusif. Sekarang, Scha sedang berpantang dan anak pun sedang menyesuaikan diri di rumah. Terima kasih di atas doa anda,” tuturnya.

Sementara itu, Scha atau Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Alyahya pula berkata, pengalaman bersalin anak kedua cukup berbeza.

Image_3.jpg

“Sikit pun tidak kurang hebatnya dari kelahiran yang pertama iaitu Lara Alana. Sejak bersalin, saya dihujani doa dan pertanyaan mengenai kelahiran kedua kali ini. Dan secara eksklusif kami sekeluarga berkongsi dengan anda detik indah ini.

“Semoga Baby L membesar menjadi anak yang solehah, sihat dan membanggakan kami sekeluarga. Terima kasih atas doa yang tak putus untuk saya berpantang, dan doakan anak sihat membesar. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Pusat Perubatan Prince Court untuk perjalanan yang hebat ini,” ujarnya.

Selain Bbaby L, Awal dan Scha turut mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Lara Alana yang bakal genap usia 7 tahun pada 22 Julai nanti. Pasangan ini selamat mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Leave a Reply