SIASATAN MENDAPATI BERSALAH – HOT FM TAMATKAN KONTRAK SHUK

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini (Khamis). Selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM.

“Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini,” demikianlah kata pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, menerusi satu kenyataan media dengan mengatakan keputusan itu dicapai selepas pihaknya mendapati pelawak dan pengacara Shuk Sahar telah melanggar kontrak dan terma perjanjian.

Krisis rumah tangga dan isu curang melibatkan Shuk akhirnya memakan diri apabila siasatan dalaman pihak pengurusan stesen itu mendapati dia bersalah.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Pada 24 Januari lalu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman yang terperinci berhubung isu rumah tangganya yang tular di media sosial.

Pada Isnin lalu, Hot FM mengumumkan penyanyi dan pelakon Mark Adam merupakan penyampai baharu segmen GPH. Mark bergandingan bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizie bagi memeriahkan GPH selepas pengunduran Shuib pada hujung Januari lalu.

Dalam pada itu, Anida berkata pemilihan Mark Adam sebagai penyampai GPH yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi itu dapat memberikan nafas baharu kepada stesen radio berkenaan.

Image_3.jpg

“Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi ‘facelift’ kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam. Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH.



“Harapan kami agar para pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM,” ujarnya.

Terdahulu, Shuk terpalit dengan kontroversi selepas tersebarnya video dia berlaku curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan didakwa mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Image_4.jpg

TUGAS SEBAGAI PENYAMPAI HOT FM – SHUK MASIH DIGANTUNG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker