Strain COVID-19 yang sukar dikesan dilaporkan di Finland

18/02/2021 04:09 PM

HELSINKI, 18 Feb — Strain baharu COVID-19, Fin-796H, yang sukar dikesan oleh sekurang-kurangnya satu jenis ujian PCR, telah dilaporkan di Finland, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik syarikat Vita Laboratories.

Beberapa jenis virus COVID-19 telah dikesan di seluruh dunia setakat ini, di Britain, Afrika Selatan, Brazil dan Jepun.

“Vita Laboratoriot Oy dan Institut Bioteknologi di Universiti Helsinki mengesan jenis COVID-19 yang belum pernah ditemui dalam satu sampel dari selatan Finland. Mutasi strain ini sukar dikesan dengan sekurang-kurangnya satu ujian PCR yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Penemuan ini mungkin memberi kesan yang besar dalam menentukan penyebaran penyakit itu. Virus SARS-CoV-2 (strain), dikenali Fin-796H itu mempunyai ciri-ciri strain Britain dan Afrika Selatan,” kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan pada Rabu.

Finland mengesahkan lebih 51,000 kes COVID-19 setakat ini, dengan lebih 700 kematian.

COVID-19: Singapura lapor dua kes positif jangkitan awal bagi strain B117

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker