Tebing sungai runtuh: Polis tempatkan PKTK, elak diceroboh orang ramai

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar (kiri) semasa beliau membuat lawatan tanah runtuh di Kampung Pohon Celagi hari ini, Turut hadir Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (dua, kiri).

19/02/2021 04:50 PM

PASIR MAS, 19 Feb– Polis akan menempatkan satu Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) selain mengetatkan kawalan di kawasan kejadian runtuhan tebing sungai di Kampung Jalan Pohon Celagi dekat Dataran Air Muleh di sini, bagi mengelakkan pencerobohan oleh orang awam.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar berkata langkah itu dibuat berikutan keadaan masih berbahaya kerana pergerakan tanah masih berlaku.



“Pihak berkuasa menjangkakan berlaku lagi runtuhan, jadi untuk mengelakkan kejadian tidak diingini kita akan ketatkan kawalan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Roy Suhaimi Sarif.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata polis juga akan menetapkan radius kawasan kawalan untuk disenaraikan sebagai zon merah, sekali gus mengelakkan kehadiran orang awam yang mahu melihat lokasi runtuhan.

Sidang Kemuncak ASEAN: Malaysia gesa komuniti antarabangsa kutuk dan tolak rancangan pengambil alihan Israel

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker