Thailand mulakan kempen suntik vaksin buatan China minggu depan

18/02/2021 03:28 PM

BEIJING, 18 Feb — Kerajaan Thailand akan menghantar sebuah pesawat khas untuk mengangkut kumpulan pertama vaksin buatan China pada 24 Februari.

Pengerusi Syarikat Penerbangan Antarabangsa Thailand, Chaiyapruk Didyasarin, berkata 200 ribu dos vaksin keluaran SinoVac Biotech (SVA) akan diangkut dengan pesawat A350-900.

Beliau berkata, pesawat akan berlepas dari Beijing pagi 24 Februari dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan.



Jelasnya, pesawat tersebut dilengkapi dengan kotak kawalan suhu, manakala pakar khas memastikan keselamatan pengangkutan vaksin terjamin.

Sementara itu, beliau turut menzahirkan rasa bangga dan teruja kerana pihaknya diberi kepercayaan bagi menjalankan misi membawa vaksin tersebut.

Kerja-kerja pemvaksinan dijadual dilaksanakan tiga hari selepas vaksin sampai, iaitu pada 27 Februari.

Vaksin China suntik keyakinan perangi COVID-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker