TOHMAHAN & KECAMAN – INA NAIM TAK AMBIL KISAH, KINI SIBUK JUAL LAKSA & MI KARI

“Untuk kecaman atau apa-apa yang negatif, saya memang tak pernah ambil kisah.. dengar dan baca tapi tak simpan dalam hati. Dari awal saya popular dulu, memang tak ambil pusing hal-hal macam ni. Lagi-lagi membabitkan hal suami saya.. dia memang tiada rahsia langsung dengan saya.

“Apa yang dia buat, dia akan jujur cerita dengan saya. Semua aplikasi yang di buat untuk khidmat urut, dia akan tunjuk dekat saya,” itulah kata-kata Ina Naim yang memberitahu dia tidak pernah terkesan dengan segala tohmahan dan kecaman netizen terutama isu membabitkan suaminya, bekas anggota kumpulan nasyid Inteam iaitu Suhaimi Saad.

Meskipun dihimpit dengan pelbagai cerita yang tidak enak didengar, Ina berkata dirinya enggan terlalu memikirkan mengenai kata-kata orang yang mungkin tidak memahami cabaran hidupnya sehingga kini.



Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 37, yang mula dikenali setelah putus kasih bersama Asmawi Ani atau lebih dikenali Mawi AF, kini dikatakan terpaksa bersusah payah menanggung suami dan anak-anak.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Ini berikutan suami Ina kini dipercayai mempunyai masalah penglihatan mata yang terhad. Malah, Ina dikatakan terpaksa menyara seisi keluarga dan setelah itu muncul pula desas-desus mengatakan bahawa Suhaimi, 41, telah menggunakan wang program i-Sinar milik Ina untuk menghasilkan album lagu nasyid bersama anak-anak.



Enggan berdiam diri, Ina tampil menafikan dakwaan sesetengah netizen itu dan berkata bahawa suaminya masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan bapa kepada anak-anak mereka meskipun menghadapi masalah penglihatan mata yang buruk.

“Alhamdullilah.. suami saya masih lagi pikul tugas biarpun keadaannya tidak berapa sihat. Cuma sekarang ini saya kena lebih bertenaga dan kuat sebab suami tak boleh nak drive lagi akibat masalah mata dia.

Image_3.jpg

“Walaupun begitu, dia tetap menjalankan tanggungjawab lain dengan baik. Suhaimi masih lagi boleh menyanyi, buat lagu dan persembahan.Kalau ada waktu terluang, dia akan mengurut orang lelaki selain uruskan pembelajaran anak-anak,” jelasnya.



Sementara itu, Ina turut menjelaskan bahawa dia kini sedang berjinak-jinak dalam menjalankan perniagaan berasaskan makanan berupa laksa dan mi kari.

Malah, Ina juga merasakan bahawa perniagaan tersebut sesuatu yang dianggap sebagai bermanfaat dan sama sekali tidak berasa susah atau lelah kerana apa yang dilakukannya itu ikhlas dari hati dan memang menjadi minatnya untuk memasak.

Image_4.jpg

Ina dalam masa sama berpendapat bahawa mereka di luar sana yang gemar mengecam dan berkata buruk mungkin akan diuji Allah pada suatu hari nanti, tidak di dunia mungkin di akhirat kelak. Isteri Suhaimi ini juga menyerahkan segala urusan kepada Allah dan hanya mampu berdoa.



Untuk makluman, Suhaimi dan Ina telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie,13, Sallman El-Khoyri,11, Phyrosh Efadwah,9, dan Nurlalyla Elghufrony yang kini berusia 7 tahun.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa Suhaimi kini menghidapi sakit mata kronik sejak tahun 2019 dan memerlukan bantuan isteri untuk melakukan tugas-tugas harian.

BIRTHDAY KE-50 – ZARINA RASA HATI LEBIH TENANG TERIMA APA YANG ALLAH HADIAHKAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button