Bibir Chrissy Teigen bengkak lepas gigit kulit limau
Beberapa hari lalu, Chrissy Teigen memuat naik gambar wajahnya dengan bibir yang membengkak di Instagram.
Chrissy Teigen mengatakan bibirnya bengkak setelah menggigit kulit limau lalu berjenaka mengenainya.
“Saya kelihatan hebat! Bukan filler yang gagal, tetapi ini terjadi bila saya menggigit kulit limau,” ujarnya seolah merasakan lucu dengan keadaan bibirnya itu.
Dia juga berkata tiada sebab lain yang menyebabkan bibirnya bengkak dan dia menjangka ia disebabkan oleh reaksi alahan dari pestisida di luar kulit oren tersebut.
Muat naik tersebut mendapat reaksi netizen dan sehingga ada yang memberi pendapat tentang kondisi itu.
“Mengikut pengalaman saya, apa yang anda alami adalah dermatitis limau atau mangga,” ujar Jessica Seinfeld.
Manakala seorang doktor kulit, Dr. Sandra Lee pula menyarankan beberapa penyelesaian dengan mencadangkan Chrissy meminum ubat antihistamin dan mengelakkan dari mengambil buah-buahan yang boleh membuatkan dia alergi.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama bibir Chrissy membengkak kerana alahan. Pada 2019, bibir bawahnya juga membengkak ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan.