Gagal pujuk bekas isteri rujuk, lelaki cuba terjun dari jambatan


ACP Arifai Tarawe

19/02/2021 11:38 PM

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Buntu setelah usaha memujuk bekas isteri untuk rujuk semula gagal, seorang lelaki berusia 50 tahun nekad cuba terjun dari sebuah jambatan di Jalan Pintas Rawang-Serendah (Rawang Bypass) dari Selayang menghala Sungai Buaya di sini petang tadi.

Bagaimanapun, tindakan tersebut berjaya digagalkan apabila bekas isteri lelaki itu yang berusia lingkungan 50 tahun datang ke lokasi kejadian untuk memujuknya supaya tidak terjun dari jambatan setinggi kira-kira 100 meter.



Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata dalam insiden pada 1.30 petang, lelaki itu ditemukan berdiri di atas pembahagi jalan dan berpaut di tiang lampu serta mengugut untuk terjun dari jambatan tersebut.

 

“Siasatan mendapati lelaki tersebut baru berhenti kerja sebagai pemandu peribadi dan mengalami krisis rumah tangga dengan bekas isterinya selepas bercerai pada Januari lepas serta sedang berusaha untuk rujuk semula,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata perkahwinan pasangan itu selama empat tahun tidak dikurniakan cahaya mata.

Katanya lelaki yang tidak mempunyai rekod lampau itu ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi kesalahan cuba membunuh diri.



Elak daripada ditahan polis, lelaki lemas selepas terjun dari jambatan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker