Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa bantu promosi kepelbagaian budaya


Pelbagai Bangsa

19/02/2021 05:06 PM

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa mampu mengingatkan kepada semua kepentingan bahasa ibunda sebagai pendukung warisan budaya masing-masing, kata Menteri Luar Bangladesh Dr. A.K Abdul Momen.

Bercakap sempena sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2021 yang diadakan secara maya pada Khamis, Abdul Momen berkata ia turut dapat menggalakkan lagi kepelbagaian budaya dan dialog antara budaya.

“Program rentas sempadan pelbagai bahasa sempena Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2021 berfungsi sebagai jambatan penghubung bahasa dan budaya antara negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara,” katanya.

Program dua hari itu anjuran bersama Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Pusat Pengajian Genosid Universiti Dhaka, dan Taylor’s University School of Liberal Arts & Sciences, Malaysia.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, sambutan itu penting memandangkan globalisasi kontemporari telah menimbulkan cabaran kepada kepelbagaian linguistik.

Namun dalam keadaan tertentu, ia menjadikan lebih mudah untuk mengekalkan kepelbagaian bahasa antara generasi melalui hubungan budaya dan linguistik.

“Kami memerlukan sokongan rentas sempadan untuk kepelbagaian bahasa yang bertujuan menyatukan perpaduan nasional, produktiviti ekonomi dan keadilan sosial,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri dalam ucapan perasmiaannya menekankan pentingnya melindungi dan memelihara bahasa kerana ia turut menjadi cerminan kepada usaha menjunjung budaya dan warisan.

Beliau turut memuji usaha Bangladesh menjadikan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa sebagai sambutan di seluruh dunia.

Sambutan kali ini bertemakan ‘Understanding Asian Transformations: Language and Cultural Binds – Fostering Multilingualism for Inclusion in Education and Society’.

Inisiatif PERMAI bantu kelangsungan industri pelancongan, seni dan budaya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker