Hong Kong mula suntik vaksin COVID-19 minggu depan

19/02/2021 02:44 PM

BEIJING, 19 Feb — Biro Makanan dan Kesihatan (FHB) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China memaklumkan kumpulan pertama vaksin COVID-19 yang dihasilkan SinoVac Biotech (SVA) akan tiba di wilayah itu petang ini.

Dalam satu pengumuman bersama, turut dimaklumkan kerja-kerja pemvaksinan dijadual bermula pada 26 Februari dan individu yang tergolong dalam lima kumpulan utama penerima vaksin boleh membuat tempahan secara sukarela mulai 23 Februari.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Hong Kong, Patrick Nip menjelaskan, pihaknya telah membeli tiga jenis vaksin COVID-19 sebanyak 22.5 juta dos yang dapat memenuhi permintaan penduduk setempat.



Katanya, kumpulan terawal yang akan menerima suntikan termasuk kakitangan agensi perubatan atau pegawai terlibat dalam kawalan dan pencegahan wabak, warga emas 60 tahun ke atas, penghuni pusat jagaan warga emas atau orang kurang upaya serta kakitangan, selain petugas sektor perkhidmatan awam, sektor pengangkutan rentas sempadan, pelabuhan dan pemeriksaan kastam.

Patrick Nip berkata penduduk setempat boleh mendapatkan suntikan di 29 pusat pemvaksinan melibatkan 18 daerah seluruh Hong Kong, selain di lebih 1,500 klinik dan 18 poliklinik di bawah Jabatan Kawalan Perubatan atau rumah jagaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah FHB Hong Kong, Sophia Chan pula menyatakan semua vaksin dibeli kerajaan Hong Kong telah diluluskan dengan penilaian yang ketat.

Sophia berkata, meskipun keberkesanan pemvaksinan lebih tinggi daripada risikonya, kerajaan Hong Kong telah menubuhkan mekanisme maklumat bagi menguji keberkesanan dan risiko vaksin terlibat.



Dalam perkembangan lain, satu tabung jaminan turut diwujudkan kerajaan Hong Kong untuk menyediakan pampasan kepada mereka yang mengalami kesan negatif setelah menerima suntikan vaksin.

10 aktivis demokrasi Hong Kong dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker