Husna Mustaffa masih diganggu lelaki lain

Hebahkan !!!
© Provided by Harian Metro Husna Mustaffa.mohamadridzuan

 

Kuala Lumpur: Pelakon dan model, Husna Mustaffa, mengakui akan berkongsi cerita dengan suami sekiranya menerima mesej berbentuk peribadi daripada peminat lelaki.

Husna, 34, atau nama sebenarnya Sharifah Husna Syed Mustaffa berkata, dia berbuat demikian bagi mengelakkan masalah antara mereka.

“Biasanya kalau hal kecil saya tak berkongsi dengan dia. Tapi kalau hal itu serius dan boleh sebabkan salah faham, saya akan terus beritahu supaya tak akan jadi apa-apa masalah.

“Ada juga segelintir peminat yang belum tahu saya sebenarnya dah kahwin. Ia dapat dilihat apabila saya buat sesi siaran langsung di Instagram pasti ada yang bertanyakan status saya.

“Tapi mereka yang mengikuti perkembangan saya di Instagram memang dah tahu status saya. Tak dinafikan ada juga yang cuba ganggu tapi saya anggap ia perkara biasa yang tak perlu diambil berat. Biasanya saya akan terus mengelak,” katanya kepada Harian Metro.

Husna yang sudah memiliki sepasang anak iaitu lelaki berusia 11 tahun dan perempuan 8 tahun bersyukur dikurniakan suami yang memahami kerjayanya.

“Tiada masalah besar antara kami setakat ini. Alhamdulillah memang semuanya okay. Suami bekerja sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia dan selalu menyokong kerjaya saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain heroin drama bersiri Mencari Kiblat Cinta itu gembira kerana drama berkenaan mendapat sambutan hebat daripada penonton.

“Drama ini sudah tamat tayangannya di TV Okey pada 11 Februari lalu. Alhamdullah ‘feedback’ yang diterima amat positif.

“Ramai penonton minta sambungannya atau buat Mencari Kiblat Cinta Raya. Saya diberitahu oleh RTM, drama ini antara drama rating tertinggi ditonton menerusi penstriman di rtmklik,” katanya.

Husna berkata, dia kini didatangi tawaran berlakon drama bersiri Sepi Itu Pasti terbitan Global Station untuk TV Alhijrah.

“Drama ini berkisarkan mengenai kekeluargaan, agama dan cinta. Alhamdulillah…saya ditawarkan untuk watak utama.

“Penggambaran drama 13 episod ini akan bermula pada Isnin nanti. Buat masa ini penggambarannya akan berlangsung dalam studio,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply

%d bloggers like this: