Kes COVID-19 Brazil lepasi 10 juta


Sumber gambar: Agensi Anadolu

19/02/2021 01:33 PM

SAO PAULO, 19 Feb — Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di Brazil melepasi 10 juta pada Khamis, menurut data Johns Hopkins University, lapor Agensi Anadolu.

Jumlah keseluruhan kes 10,030,626 dengan 49,000 lagi kes baharu dilaporkan dan negara ini mencatatkan jumlah ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS) dan India.



Sementara itu sebanyak 1,432 lagi kematian menjadikan keseluruhan korban setakat ini seramai 243,610 orang. Brazil di kedudukan kedua selepas AS dari segi jumlah kematian.

Mempunyai 2.7 peratus penduduk, ia menyumbang lebih sembilan peratus kes global manakala AS dengan 4.3 peratus populasi menyumbang lebih seperempat. Sementara Amerika Selatan menyumbang kira-kira 10 peratus kematian COVID-19 dunia.

Pada 4 Februari tiga juta penduduknya disuntik dos pertama vaksin COVID-19.

Sehingga kini, sekitar 5.5 juta orang telah diberi sekurang-kurangnya dos pertama di 26 negeri dan daerah. Ini mewakili kira-kira 2.6 peratus penduduk negara ini.



Setakat ini, dianggarkan 309,000 atau 0.15 peratus rakyat Brazil menerima dos kedua. Program vaksinasi di kebanyakan bandar termasuk di ibu negara tepaksa ditangguhkan pada minggu ini berikutan kekurangan bekalan.

COVID-19: Brazil kini catat lebih 200,000 kematian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button