Dah bunuh, menari pula tepi mayat

Dah bunuh, menari pula tepi mayat

Dah bunuh, menari pula tepi mayat
RAKAMAN CCTV menunjukkan aksi remaja lelaki membunuh lelaki berusia 18 tahun selepas merompak wang 350 rupee.

New Delhi: Sudah tikam mangsa beberapa kali hingga mati, seorang remaja lelaki di India dilihat menari di sisi mayat berkenaan, dengan aksi keji itu dirakam kamera keselamatan.

Jenayah dilapor berlaku di tepi jalan di bandar Delhi, Selasa lalu dipercayai bermotifkan samun yang membabitkan remaja berusia 16 tahun.

Menurut polis yang dilapor NDTV, remaja itu menikam mangsa berusia 18 tahun hingga mati selepas menyamun wang 350 rupee (RM19.68) yang didakwa bagi membeli briyani.



Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menikam mangsa lebih 60 kali sebelum berdiri di tepi mayat dan menari.

Polis berkata, suspek mulanya mencekik mangsa hingga tidak sedarkan diri, sebelum menikam dengan senjata berkali-kali.

Kedua-duanya didapati tidak mengenali satu sama lain, kata polis dan mangsa sempat melawan suspek sebelum dibunuh kejam.

“Mangsa dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Suspek diburu dan berjaya ditahan polis,” katanya.



Sumber polis berkata, suspek bawah umur itu yang berhadapan tuduhan membunuh, dilapor turut mempunyai rekod jenayah berkaitan pada 2022

Menurut polis lagi, dia merupakan ahli kumpulan tiga ke empat remaja bawah umur yang terbabit dengan pelbagai jenayah kekerasan.

Ketika disoal siasat, remaja lelaki itu mendakwa berada di bawah pengaruh alkohol ketika pembunuhan berlaku.

Dah bunuh, menari pula tepi mayat

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zahid Selamat Jalani Pembedahan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button