Lyon benam Brest, dahului Ligue 1


© Provided by Berita Harian Penyerang Lyon, Memphis Depay menjaringkan penalti ketika berdepan Brest. – AFP

BREST, Perancis: Lyon naik ke tangga teratas Ligue 1 hari ini apabila menggunakan sepenuhnya kesilapan tuan rumah Brest untuk menang 3-2.

Lyon mengawal perlawanan apabila mendahului 3-0 hasil jaringan Lucas Paqueta pada minit kesembilan, Houssem Aouar selepas minit ke-28 dan penalti Memphis Depay sebelum tamat babak pertama.

Bagaimanapun skuad tuan rumah bangkit menerusi gol Brendan Chardonnet pada minit ke-52 dan Irvin Cardona 20 minit kemudian.

“Saya berpuas hati dengan kejayaan ini. Ia berlaku dalam dua fasa – pada babak pertama dengan angin memihak kepada kami yang kami sebenarnya tidak perlukan,” kata jurulatih Lyon, Rudi Garcia mengenai cuaca sejuk dan berangin di Brittany.

“Kami bermain di padang, sentiasa bergerak. Pada babak kedua, kami jangkakan akan ada banyak tekanan daripada pemain Brest dan angin yang membantu sepakan dan serangan mereka.”

Jurulatih Brest, Olivier Dall’Oglio berkata pasukannya “menyesal dan kecewa.”

“Berdepan pasukan seperti Lyon, kami sepatutnya tidak melakukan kesilapan ini. Kami melakukan kesilapan untuk gol pertama dan kedua.” – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Nicol dahului saingan Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker