Netizen tak berkenan hubungan Yusuf Bahrin, Ameera Khan


YUSUF BAHRIN dan Ameera Khan.

DUA minggu lalu kecoh dalam media sosial tentang dakwaan keretakan hubungan Neelofa dan Haris Ismail.

Kekecohan tersebut mula timbul selepas ahli keluarga Neelofa termasuk adik-beradiknya iaitu Noor Nabila dan Ameera Khan memuat naik status berbaur sindiran.

Rata-rata netizen membuat ­andaian bahawa keluarga bekas pengacara MeleTOP itu suka membesar-besarkan masalah dalam media sosial.

Perkara tersebut kemudiannya terpalit sama terhadap pelakon kacak Yusuf Bahrin selepas dia memuat naik seke­ping foto bersama Ameera.

Pada mata Mizz Lahar, foto tersebut kelihatan biasa sahaja tetapi rupa-rupanya tidak disenangi oleh peminat pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu.

Bermula dengan komen seorang ­netizen yang menulis: “Barangkali jodoh?”

Kemudian, terus bertalu-talu netizen menulis komen mereka tidak setuju ­dengan kenyataan tersebut.

Ada yang menasihatkan Yusuf supaya tidak menempa nasib malang.

“Janganlah. Jauhkanlah Yusuf daripada golongan ini,” komen netizen.

Lucu pula lihat semua reaksi peminat Yusuf kerana bimbang pelakon itu akan terjebak dengan percintaan yang menyeksakan.

Harapnya Yusuf janganlah abaikan nasihat yang ditulis oleh peminat. Mizz Lahar yakin mereka pasti inginkan pasangan terbaik untuknya.

Leave a Reply