Permohonan KPN, tiga lagi batal saman Indira Gandhi didengar 22 Jun


M. Indira Gandhi

19/02/2021 03:48 PM

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Permohonan Ketua Polis Negara (KPN) dan tiga pihak lain untuk membatalkan saman guru tadika, M. Indira Gandhi berhubung dakwaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal melaksanakan waran komital bagi menangkap bekas suaminya dan memulangkan anak perempuan yang dilarikan lelaki itu, 12 tahun lepas akan didengar pada 22 Jun ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Indira ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof yang berlangsung menerusi sistem dalam talian (e-Review) hari ini.



Peguam itu berkata mahkamah juga menetapkan tarikh sama (22 Jun) bagi pendengaran permohonan interogatori untuk mendapatkan perintah mahkamah, supaya KPN menjawab kesemua 48 soalan secara bertulis, melalui afidavit mengikut Aturan 26 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Polis tak dapat tentukan bila Indira dapat jumpa anak bongsu Prasana



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button