Peniaga rugi RM300,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

Peniaga rugi RM300,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

Peniaga rugi RM300,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga kerugian RM300,000 selepas diperdaya seorang lelaki untuk melabur dalam perniagaan perkhidmatan visa pelancong dan pekerja asing yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mangsa yang berusia 33 tahun pada mulanya berkenalan dengan seorang lelaki tempatan pada April tahun lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang terbabit dalam perniagaan produk pertanian mengenali lelaki terbabit menerusi seorang saudaranya.

“Lelaki itu menawarkan mangsa untuk melabur wang dalam perniagaan visa pelancong dan pekerja asing dengan keuntungan RM6,000 bagi setiap visa.

“Sepanjang tempoh perkenalan itu, suspek berjaya meyakinkan mangsa dan mendorongnya menyerahkan wang secara tunai dan pindahan berjumlah RM300,000 ke akaun bank untuk 50 permohonan visa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, katanya mangsa ada menyerahkan satu pasport untuk permohonan visa pekerja, namun semakan mendapati surat pengesahan permohonan oleh Jabatan Imigresen yang diserahkan suspek kepada mangsa itu adalah palsu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Selepas kejadian itu, suspek kemudian gagal dihubungi dan menghilangkan diri. Berikutan itu, mangsa tampil membuat aduan kepada polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada Julai tahun lalu.

“Hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis akhirnya berjaya menjejak suspek dan menahan suspek serta kekasihnya, seorang wanita warga asing dalam serbuan di dua kondominium di Jalan Klang Lama di sini, pada Rabu lalu,” katanya.

Mohd Fakhrudin berkata, suspek yang berusia 33 tahun dan teman wanitanya yang berusia 43 tahun dipercayai aktif menjalankan kegiatan penipuan pelaburan sejak April tahun lalu.

“Menerusi tangkapan itu, kita turut merampas tiga telefon bimbit, satu pasport Malaysia, sekeping kad nama dan lima kad mesin juruwang automatik (ATM).

“Suspek lelaki direman tiga hari sehingga esok, manakala suspek wanita warga asing direman 14 hari atas kesalahan Imigresen dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu,” katanya.

Rugi RM300,000 Jadi Mangsa Scammer

Peniaga rugi RM300,000 terpedaya pelaburan tidak wujud


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker