UiTM FC terpaksa berpuas hati catat keputusan seri

Hebahkan !!!

19/02/2021 11:48 PM

SHAH ALAM, 19 Feb — UiTM FC terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Terengganu FC II pada hari pertama kejohanan Piala Bandaraya Shah Alam di Stadium UiTM di sini hari ini.

Pemain import baharu Nana Poku meletakkan skuad The Lion di hadapan pada minit ketiga menerusi rembatan kencang menewaskan penjaga gol lawan Mohd Suhaimi Husin.

Gol awal tuan rumah merancakkan permainan apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan UiTM FC hampir memperolehi jaringan kedua namun rembatan Muhd Rafie Mat Yaacub tersasar meskipun berada pada kedudukan satu lawan satu dengan penjaga gawang Terengganu FC II itu.

Usaha gigih Terengganu FC II membuahkan hasil apabila penyerang mereka Jordan Mintah bijak memanfaat situasi kelam kabut di hadapan gawang dengan rembatan kencang menewaskan Dominik Picak pada minit ke-89.

Aksi persahabatan berkenaan turut disertai Sri Pahang FC.

Leave a Reply

%d bloggers like this: