Venue Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing diuji


Kredit: China Media Group

19/02/2021 04:08 PM

BEIJING, 19 Feb — Pertandingan ski diadakan di Taman Ski Genting, bandar Zhangjiakou pada Rabu, bagi menguji venue Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Menurut penganjur, ia bagi membolehkan pihaknya mengetahui jika terdapat sebarang kekurangan dan sebagai persediaan menghadapi acara sebenar.

Turut dimaklumkan, sejumlah besar atlet telah mula menjalankan sesi latihan antaranya di Pusat Gelongsor Negara, Taman Ski Genting, dan Pusat Luncur Ski Negara.

Sementara itu, ujian acara ski dan gelongsor untuk Olimpik Musim dan Paralimpik telah bermula pada Selasa.

Beberapa atlet dan pegawai terlibat diundang menyaksikan sejumlah 20 ujian yang melibatkan enam venue di daerah Yanqing, Beijing dan bandar Zhangjiakou.

Menurut pihak penganjur ujian bagi acara ais pula akan dijalankan pada April nanti.

Leave a Reply