DAKWAAN ANDI BERNADEE DISIHIR – SYARIKAT RAKAMAN NAFI IA GIMIK [VIDEO]

Penyanyi Andi Bernadee sebelum ini menerusi laman Instagram telah memuat naik video dan mendakwa dirinya menjadi mangsa dengki hingga disihir.

Melalui video dimuat naik, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile menunjukkan dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur yang ditarik daripada bahagian tekaknya.

Tidak ketinggalan, Andi mendakwa katak kering ditemui atas bumbung kediamannya. Dalam kenyataan itu, Warner Music Malaysia juga mendoakan penyanyi lagu ‘Satu Peluang’ dan ‘Donde’ itu cepat sembuh.

Ramai pengikutnya tertanya-tanya keadaan Andi, malah ada juga segelintir netizen membuat andaian dan spekulasi mendakwa semua itu adalah gimik.



Image_2.jpg

Bagaimanapun, syarikat rakaman Warner Music Malaysia menafikan video dimuat naik artis naungan mereka yang mendakwa terkena ilmu hitam, sebagai gimik.

Jurucakap Warner Music Malaysia menjelaskan, apa yang terjadi kepada Andi bukanlah perkara yang dibuat-buat penyanyi itu.

“Selepas Andi memuat naik sebuah video mendakwa dirinya dianiaya, ramai tertanya-tanya mengenai keadaannya. Tidak kurang juga bertebaran andaian dan spekulasi mendakwa semua itu adalah gimik.

“Kami mahu menyatakan perkara itu bukan gimik. Andi sekarang tidak sihat, namun, keadaan dirinya masih terkawal,” jelasnya dalam kenyataan. Besar harapan kami dan peminat untuk melihat Andi pulih seperti sedia kala,” kata kenyataan itu lagi.



Image_3.jpg

PAKU BERKARAT, BANGKAI KATAK – ANDI BERNADEE KENA SIHIR, JADI ‘LALOK’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker