Ganasnya ahli politik wanita ini…


© Provided by Harian Metro TANGKAP layar menunjukkan Lauren Boebert menyertai sidang video Zoom berlatarkan rak dengan senjata api. FOTO AFP/US House Natural Resources Committee

Washington: Seorang ahli wanita Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) mengejutkan ramai pihak apabila tampil dalam satu sidang video Zoom dengan berlatarkan senjata api.

Wanita itu, Lauren Boebert antara anggota daripada Parti Republikan yang menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Sumber Asli yang diadakan melalui sidang video kerana pandemik Covid-19.

Ketika Boebert muncul dalam video itu, dia duduk di depan rak buku menampilkan sekurang-kurangnya tiga senapang dan pistol.



“Saya selalu menganggap pinggan kotor terkumpul mengumpulkan bakteria perkara paling berbahaya sebagai latar Zoom,” tulis anggota jawatankuasa sama dari Parti Demokrat, Katie Porter.

Boebert, 34, aktivis senjata api yang dipilih ke Dewan Perwakilan daripada negeri di barat AS, Colorado, pada November 2020.

Penyokong bekas presiden Donald Trump itu memiliki sebuah restoran, Shooters Grill di bandar Rifle, Colorado di mana pekerjanya secara terbuka membawa senjata api.

Selepas kedatangannya di Washington, Boebert mengumumkan niatnya membawa pistol untuk bekerja dan dia mengkritik penempatan alat pengesan logam.



© New Straits Times Press (M) Bhd

Seorang lagi maut dalam serangan tentera Armenia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button