[VIDEO] Janna Nick menyelar peminat K-POP – MEMANG SEMUA PEMINAT KPOP MACAM NI?

 

Banyak pakai acc fake, profile picture Korean idol. lepas tu DM orang bahasa kesat kesat.

Kalau benda betul tak pe..Ni tak, membabi buta je tuduh tuduh.. Eh eh…sabar je lah!



Orang dah layan Korean drama / Korean song dari zaman winter sonata/ my girl / full house / stairway to heaven.. zaman zaman tengok DVD 20 episod!

Apa apa pun jangan lupa tengok filem

#SELAMATHARIXJADI

Hampir setiap hari lakonannya menghiasi kaca televisyen, nama Janna Nick pasti tidak asing lagi dalam kalangan penonton termasuk warganet di media sosial.



Terbaru, nama Janna dan Sharifah Sakinah ‘trending’ di Twitter apabila salah seorang peminat hiburan Korea atau K-popers telah memuat naik semula video yang pernah menjadi kontroversi pada awal 2018.

Didakwa persenda kematian artis Korea?

Hampir setiap hari lakonannya menghiasi kaca televisyen, nama Janna Nick pasti tidak asing lagi dalam kalangan penonton termasuk warganet di media sosial.

Terbaru, nama Janna dan Sharifah Sakinah ‘trending’ di Twitter apabila salah seorang peminat hiburan Korea atau K-popers telah memuat naik semula video yang pernah menjadi kontroversi pada awal 2018.

Didakwa persenda kematian artis Korea?

Menerusi video tersebut, kedua-dua pelakon itu berada di sebuah salon sebelum Sakinah melemparkan pertanyaan kepada Janna yang membuat rawatan rambut menjadi warna ‘blonde’.



“Ini yang mati tu kan?,” soal Sakinah.

Walau bagaimanapun, menjengah ke akaun Instagram Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, dia telah memuat naik satu video untuk menjelaskan apa yang berlaku ketika tiga tahun lalu.

Bersumpah untuk peminat K-pop!

Menerusi video berdurasi 11 minit itu, Janna mengakui dia memang tidak tahu dengan apa yang ditanya oleh Sakinah kerana keadaan di salon agak bising ketika itu.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, aktres berusia 26 tahun itu memohon maaf sambil bersumpah memegang al-Quran bagi menjernihkan situasi terutama dalam kalangan peminat K-pop.

“Dan saya Lilahitaala, tak tahu menahu langsung yang benda tu ditujukan untuk si mati. Saya tak kisah orang nak cakap saya  play victim, sebab saya memang jujur.
“Saya tak boleh terima video tahun 2018 diupload semua walaupun Sakinah dah pernah explain saya tidak terlibat.



“Saya buat video ini sebab saya nak beritahu, saya nak bersumpah. Jujur demi Allah, Wallahi, saya tak tahu menahu pasal video artis Korea itu.
“Saya tak tahu pun Sakinah record tujukan dekat dia. Saya cuma gelak sahaja,” jelasnya dalam video berkenaan.

Tambah pelakon drama Marry Me Senorita itu, dia tidak akan terus berdiam kerana kecaman yang diberikan terlalu kasar sehingga membabitkan ibunya.

“Sampai melibatkan nama mak saya. Apa ni adik-adik. Agak-agaklah ya. Benda ini dah tak kelakar pun dan saya sudah difitnah,” katanya.

Terdahulu, Sakinah juga pernah tampil memohon maaf kepada peminat K-pop selepas didakwa menghina kematian anggota kumpulan SHINee iaitu Jonghyun pada 18 Disember 2017.

Sumber: Instagram Janna Nick & Twitter Pjnchimy



‘Ramai lagi ada skandal’, Janna Nick minta jangan sibuk rumah tangga Shuk

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button