Beralih Sokongan Musim ‘Hujan’ Untuk Selamatkan Siapa?

2 Ahli Parlimen Beralih Sokongan Untuk Selamatkan Siapa?

Aktiviti ‘melompat parti’ dan beralih sokongan seperti tiada kesudahan dalam suasana panas politik hari ini.

Terbaru 2 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Julau dan Tebrau telah menyatakan sokongan dan mengemukakan akuan bersumpah kepada Perikatan Nasional.

Tiada sebarang alasan diberikan kedua ahli parlimen tersebut. Bagaimanapun Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merangkap Perdana Menteri mengalu-alukan sokongan daripada Julau dan Tebrau.



Dalam kenyataan ringkas Tan Sri Muhyiddin, beliau menyatakan sokongan mereka akan mengukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional dalam usaha mengurus pandemik covid19 serta menjadi pemangkin kebangkitan ekonomi.

Bagaimanapun rata-rata pemerhati politik bebas melihat sokongan yang diperolehi ini adalah bagi mengimbang semula majoriti tipis PN.

Titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang membenarkan sidang parlimen dilakukan dalam tempoh darurat merupakan ‘loceng amaran’ buat PN.

Sidang parlimen yang digantung berikutan proklamasi darurat kesihatan dijangkakan hanya akan tamat pada 1 Ogos 2021. Bagaimanapun Langkawi (Pejuang) dan Pakatan Harapan menentang pengisytiharan tersebut.



Muhyiddin yang hilang sokongan daripada Machang, Padang Rengas dan Gua Musang agak tergugat dan usaha segera perlu dilakukan bagi mengimbangi semula sokongan.

Parlimen Dibenarkan Bersidang Dalam Tempoh Darurat

Dalam satu lagi laporan menyatakan sekurang-kurangnya 4 – 6 lagi ahli Parlimen daripada Warisan akan menurut langkah Julau dan Tebrau bagi menyokong Muhyiddin.

Apa lagi permainan politik yang akan diterjemahkan sehingga pembubaran parlimen? Negara yang dilanda konflik ketidakstabilan politik menyaksikan pelabur beralih ke negara lain. Ekonomi Malaysia dikatakan semakin menguncup. Rakyat ramai yang hilang pekerjaan.

Kerajaan hanya ada satu cara bagi mengembalikan keyakinan pelabur luar dan negara asing untuk kembali ke Malaysia. Bubar parlimen dan dapatkan mandat baru yang lebih stabil bagi menjamin kesejahteraan semua rakyat.

Persoalannya bila? Adakah Muhyiddin akan menunggu lebih lama sekaligus membiarkan lebih banyak kerosakan ekonomi berlaku?

Annuar harap Anwar Selamatkan Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker