Macam Tak Percaya! 5 Artis Bollywood Membaca P0tongan Ayat Al Quran Di Dalam Filem, Ini Buktinya
Dalam dunia Bollywood, ramai yang kita tahu berasal dari agama Islam. Kebanyakkan dari mereka berjaya menunjukkan cara hidup Islam di dalam filem yang ditayangkan.
Menurut IntipSeleb, berikut merupakan 5 selebriti Bollywood yang menghafal dan membaca ayat Al-Quran di dalam kehidupan dan filem yang dilakonkan.
Shah Rukh Khan
via Economic Times
Shah Rukh Khan sangat bertoleransi dengan agama lain walaupun dia beragama Islam. Dalam filem My Name Is Khan (2010), dia kelihatan membaca Al Fatihah di telinga Kajol yang beragama Hindu.
Amitabh Bachchan
via Mumbai Live
Amitabh Bachchan pernah menyatakan bahawa kemasyhuran dan kekayaan tidak dapat membuatnya tenang. Hasilnya, pelakon itu mula membaca Al-Quran bertahun-tahun yang lalu. Menurut IntipSeleb, dia sering memuat naik potongan Al-Quran di media sosial.
Sushmita Sen
via India TV News
Sushmita Sen dikenali sebagai pelakon yang beragama Hindu. Namun begitu, dia menghafal salah satu surah dalam Al-Quran, iaitu Al Asr. Ramai terkejut dengan tindakannya ketika dia membacanya di siaran langsung pada April 2020.
Imran Hashmi
via Indian Express
Imran Hashmi atau Emraan Hashmi adalah pelakon India yang pernah muncul dalam filem Hindi. Menurut laman web IntipSeleb, dia adalah seorang hafiz Al-Quran. Imran terkenal dengan filemnya Jannat (2008) dan Murder 2 (2011).
AbRam Khan
via DNA India
AbRam Khan mula menjadi perhatian ramai pada Mei 2020 ketika menunaikan solat. Pada usia 7 tahun, anak bongsu Shah Rukh Khan dan Gauri Khan membaca doa dengan lancar bermula dari Al Fatihah hingga surah pendek, Al Ikhlas.
Jelas sekali menunjukkan selebriti ini telah berjaya melakonkan watak mereka dengan baik sehinggakan mendapat perhatian orang ramai.