Rakyat Tolak Perdana Menteri Perutusan

Sejarah dalam dunia tidak pernah menipu kerjadiannya, hanya manusia sahaja yang mampu menutup sejarah kejatuhan satu satu empayar yang telah bangun dengan kemasyhuran serta kegemilangan peradabannya.

Kejatuhan kerajaan Islam diserata dunia semuanya disebabkan oleh penganutnya yang semakin melupakan yang Haq dan yang Bathil dalam kehidupan mereka. Mereka sombong dan bongkak dengan kesempurnaan yang mereka kecapi selama ini.

Sejarah kemasukan bangsa Cina dalam negara ini sebagai pedagang dan juga sebagai pelombong dalam negara ini sedikit pun tidak pernah dicurigai oleh bangsa Melayu. Semuanya bersama sama mencorakkan kehidupan dengan aman dan harmoni. Sehingga pada stau tahap urusan ekonomi dikuasai oleh mereka.



Bukan itu sahaja, para pedangang dan pelombong serta pekerja ladang estet ini diberikan kelonggaran kehidupan bersama dengan masyarakat Melayu sehingga kemerdekaan negara  pada tahun 1957. Sebelum itu kaum Melayu terus membantu masyarakat pedagang ini denga memberikan kemudahan tanah yang tiada pun dituntut demi sifat kemanusiaan yang ada dalam jiwa Melayu.

Sebagaimana kehidupan, setiap yang diberikan itu tidak pernah puas dihati mereka. Sedikit demi sedikit mereka terus mencurigai orang Melayu serta menuntut berbagai bagai tuntutan sehinggakan hak hak orang Melayu semuanya mahu diagihkan untuk mereka bersama. Seperti  “Belanda Mendapat Tanah”  mereka terus mengwujudkan satu sentimen yang boleh memecahkan keharmonian kaum dalam negara ini sehingga kini.

Setelah hampir 60 tahun Melayu terus menjaga kepentingan bersama dengan kaum yang lain, namun sifat tamak dan haloba yang ada dikalangan hati kaum cina terus mendambakan sesuatu yang lebih besar lagi.

Pilihanraya ke 14, telah membuktikan segalanya, anak muda kaum Cina telah bertekad untuk mengambil alih kuasa tampok politik dalam negara tanpa mempedulikan lagi sentimen perkauman yang telah mereka wujudkan tanpa ragu ragu lagi.



Kebijaksanaan kaum ini menggunakan banga Melayu untuk menjatuhkan bangsa itu sendri digunakan sebaiknya.  Mahathir dijadikan tunggak untuk menghancurkan bangsa melayu. Berkuasa atas tiket PH, DAP menguasai segalanya.

Kini baru rakyat sedar bahawa mereka telah melakukan kesilapan dan terpengaruh dengan janji manis yang diucapkan tanpa mengkaji dasar p-olitik yang diamalkan oleh Mahathir dan DAP. Pada awalnya mereka bersorak gembira, meraikan kemenangan.

Sekarang mereka sedar telah melakukan kesialapan yang amat besar dan sekali gus mereka meruntuhkan sebuah Negara yang sedang bergerak  ke sebuah Negara yang maju. Mereka meyerahkannya kepada orang yang bukan layaknya dinobatkan sebagai pemimpin.

Pertukaran kerajaan kepada Perikatan Nasional tidak juga menjanjikan keindahan pada rakyat miskin, malah kehidupan rakyat diasak dari kepelbagaian sudur. Sehingga sudah  sampai pada satu tahap rakyat meyelongkar tong sampah hanya untuk makan.



Perkara yang tidak pernah berlaku pada zaman Barisan Nasional pimpinan Najib Razak yang mana melihat rakyat adalah matlamat pemimpin BN  untuk memastikan mereka terlepas dari belenggu kesusahan kehidupan.

Kini kerajaan Perikatan Nasional terdapat hanya 25% sahaja yang memberikan sokongan, selebihnya ialah hasil dari pengkaderan yang dilakukan oleh Parti politik  sebelum ini keatas anak muda bangsa mereka sendiri. Sokongan hanya dikalangan mereka yang berkepentingan dan menerima habuan dari kerajaan PN ini

Walaupun tiada kelukaan yang ditunjukkan, namun oarng Melayu hanya terus mendiamkan diri apabila  setengah daripada mereka mencagarkan negara ini kepada bukan Islam untuk berkuasa. Sebilangan dari bangsa Melayu sanggup diperkudakan sebagai “anjing suruhan” oleh bangsa kafir asalkan kemewahan dan duniawi tanpa mempedulikan Islam dipijak rapat.

Melayu dipergunakan untuk membunuh orang Melayu sendiri, bak kata pepatah hanya kayu yang boleh menebang pokok kayu. Hulu kapak yang menumbangkan pokok yang subur dengan peradaban Melayu. Namun kita tidak bernah lupa bahawa akar yang menunjangi pokok tersebut masuh kukuh untuk menghasilkan pokok yang baharu.



Jika dahulu mereka adalah  pembangkang kini telah mengambil alih kerajaan yang sedia ada , kini boleh mendabik adada bagaimana misi untuk menghancurkan perpaduan Melayu tercapai dengan menggunakan bangsa Melayu itu sendiri.

Kemenangan yang diperolehi oleh mereka ini apabila anak muda mereka memberikan sokongan yang penuh kepada parti kaum mereka tanpa berbelah bagi. Pembelaan terhadap kaum cina diyakini oleh anak muda mereka dan membiarkan pemimpin mereka menjalankan tugasan tanpa mencampurinya.

UMNO masih menerima 46% sokongan pengundi Melayu jika dibandingkan dengan sokongan yang diberikan kepada Perikatan nasional sekitar 15% sahaja, malah parti PAS sendiri menerima sejumlah 28% undi orang Melayu, selebihnya adalah diatas pagar, maka oleh itu sedarlah bahawa Perikatan Nasional sekarang ini masih lagi dikuasi oleh PPBM yang dahulu dan sudah pasti merekalah yang bakal menentukan hala tuju negara.

Pemimpin Perikatan Nasional hanya penyambung kepada agenda yang mereka laksanakan  semasa 22 bulan memerintah. Hal ini dapat dilihat apabila sistem perundangan Negara masih lagi berkisar kepada mendakwa pemimpin Barisan Nasional sahaja dan bukan  kepada mereka yang dahulunya “Raja segala Rasuah” dan tidak pernah didakwa.



Jadi usahlah berbangga dengan kemenangan walaupun kerusi yang dididuki itu hasil belas kasihan BN, Namun disebalik kuasa yang ada ditentukan oleh  pemerintah 22 bulan dan orang Melayu hanya sebagai badut sahaja didalam pentadbiran hari ini, dimana mereka lebih berkuasa menentukan itu ini dari Perdana Menteri walaupun dilantik dari kalangan orang Melayu.

Periktan Nasional harus sedar bahawa sebenarnya parti merekalah yang telah di tolak oleh orang Melayu dan mereka masih sayangkan parti UMNO. Perdana menteri Perikatan Nasional sedang berjuang untuk menterbalikkan demokrasi dan menidakkan hak rakyat untuk mengekalkan kuasa yang ada.

Untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang stabil dan teguh dengan sokongan rakyat, supaya lebih banyak inisiatif memulihkan ekonomi dan membantu rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Maka Kerajaan Perikatan Nasional ini mesti ditumbangkan untuk memberikan ruang kepada seorang pemimpin yang mampu membawa Negara kearah yang lebih baik lagi.



Rakyat melihat bahawa , Negara tidak akan maju jika mempunyai seorang Perdana Menteri yang hanya membaca perutusan. Rakyat mahu seorang Perdana Menteri yang mencari inisiatif untuk memajukan Negara dan bukan menghabiskan apa yang ada hanya untuk populariti. Rakyat menolak Perdana Menteri sedemikian.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button