SPM CEMERLANG – JANNA NICK AKUI BERHENTI BELAJAR, TERPAKSA PENTINGKAN DUIT

Pelakon dan pengacara Janna Nick adalah antara artis yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila memperoleh 6A 2B. Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa Janna pernah menyambung pengajian di sebuah uiversiti namun terpaksa berhenti berhenti di tengah jalan.

Mendedahkan perkara itu di Insta Story, Janna yang merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah itu mengakui dia terpaksa mementingkan wang ringgit memandangkan dia bukan berasal daripada keluarga senang.

Janna berkata demikian selepas salah seorang peminat bertanya soalan tentang pengajiannya kerana Janna seorang pelajar cemerlang sewaktu di sekolah.

Meskipun terpaksa berhenti belajar untuk mengejar impian, namun pelakon berusia 26 tahun itu memberitahu dia masih menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran suatu hari nanti.

Image_2.jpg

“Perkara yang orang lain tak tahu adalah saya bukan datang dari keluarga yang senang. Saya memang dah belajar separuh jalan tetapi ‘drop’ sebab saya pentingkan duit. Bagi saya, duit adalah segalanya. Jadi saya kena selesaikan banyak benda dari segi kewangan, ‘my goals’ dan impian saya.

“Sambung belajar adalah satu impian saya juga. Dan saya rasa tak pernah lewat untuk seseorang itu sambung belajar. Nanti saya rileks, saya buat,” ujar pengacara program Melodi itu.

Dalam pada itu, Janna juga berkata kekasihnya, jejaka kacukan Melayu-Switzerland iaitu pelakon Dini Schatzmann turut menggelar dirinya sebagai seorang mata duitan.

Image_3.jpg

 

Leave a Reply