“YA ALLAH MALU MENGAKU…” – SYATILLA SOLAT DHUHA USIA 30, BELAJAR DI GOOGLE & YOUTUBE
“Berpuluh tahun hidup tak pernah buat solat Dhuha. Ya Allah malu sebenarnya nak mengaku tapi Tilla percaya mungkin ada juga hamba Allah yang pernah ada dekat tempat Tilla hari ini.
“Dulu solat yang wajib pun rongak-rongak, apatah lagi yang sunat. Segan dan malu gila nak mengaku sebenarnya, takut orang fikir bukan-bukan, takut orang kutuk, takut orang cop kita bukan-bukan.
“Sebab tak pernah buat solat dhuha ini, jadi cara nak niat pun kena Google tengok YouTube. Malu dengan diri sendiri tuhan saja tahu. Tapi bila dah mula buat, rasa sayangnya nak tinggal, rasa macam keperluan pula!
“Kalau tak buat rasa bersalah macam mana tak tahu. Insya-Allah sedaya upaya tengah usaha untuk buat hari-hari. Tolong doakan kami. Keputusan melalui solat Dhuha ni Tilla dapat sangat luar biasa!” demikianlah kata pelakon Syatilla Melvin.
Klik untuk gambar besar
Pendedahan tersebut dibuat Syatilla menerusi laman Instagram miliknya. Isteri kepada pelakon Shaheizy san itu mengakui dia berasa menyesal dan malu apabila hanya melaksanakan solat sunat Dhuha pada usia sudah menjangkau 30 tahun.
Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini berkata, dia menikmati perasaan yang sangat luar biasa selepas mengamalkan solat sunat itu setiap hari.
Kongsi Syatilla lagi, dia mula belajar melakukan cara melakukan solat sunat itu menerusi pencarian Google dan YouTube. Dalam pada itu, Syatilla mengakui pada mulanya bimbang perkongsiannya tersebut menerima reaksi negatif.
Bagaimanapun Syatilla berharap dengan pendedahannya itu dapat membuka hati orang lain untuk turut menunaikan solat Dhuha memandangkan dia sudah berjaya melakukannya.
“Kalau tak buat rasa bersalah macam mana tak tahu. Insya-Allah sedaya upaya tengah usaha untuk buat hari-hari. Tolong doakan kami. Keputusan melalui solat Dhuha ni Tilla dapat sangat luar biasa!.
“Tapi bila fikir balik, why not aku share saja benda ni, mana tahu bila followers yang baca ni tiba-tiba terbuka hati nak buat juga ke kan? Pasti ramai yang tengah berlawan dengan ego diri sendiri sekarang ni. Sama macam Tilla!
“Jangan pernah rasa terlambat untuk mula buat benda baik. Selagi ada rezeki bernafas, selagi itu kita ada peluang. Setuju sangat kan?” ujarnya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan perubahan yang dilakukan Syatilla dan mereka turut berkongsi pengalaman yang sama seperti pelakon drama siri ‘Sha & Shah’ itu.
Solat sunat Dhuha adalah solat yang ditunaikan setelah naik matahari pada waktu pagi, iaitu sekitar pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, iaitu sebelum tiba waktu Zuhur.