7 TAHUN MENANTI – JEHAN MISKIN & ISTERI SELAMAT TIMANG ‘BABY BOY’

Setelah sekian lama menanti iaitu selama tujuh tahun, akhirnya pelakon Jehan Miskin dan isterinya, Julie Camelia Rhee selamat menimang cahaya mata pertama mereka yang merupakan bayi lelaki, pada jam 12.15 pagi Sabtu lalu (20 Februari 2021).

Berita gembira itu dimaklumkan oleh pasangan ini menerusi akaun Instagram milik masing-masing dengan memuat naik foto bersama putera kesayangannya yang diberi nama ‘Axel Nova Rhee Bin Jehan’.

Menerusi entri tersebut, Jehan dan isteri meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anaknya itu serta mengucapkan selamat datang buat putera sulungnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Welcome to Planet Earth my son, Axel Nova Rhee Bin Jehan, first of my name 👶. Born just past midnight on the 9th day of CNY, with fireworks all around, you are truly a miracle 🎆. #babyaxelnova #rojakbabyboy #babydaddyjay #20022021,” tulis Jehan.

“Axel Nova Rhee Bin Jehan 🌠 joined our little family on the 20th February 2021 👨‍👩‍👦. Love is everywhere and no one is sleeping 😂. #babyaxelnova #yogimamajulie #babydaddyJay #rojakbabyboy,” tutur isteri Jehan pula.

Perkongsian pasaagan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan frakan artis yang turut tumpang gembira serta mengucapkan tahniah di atas kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Image_3.jpg

Jehan dihubungi berkata, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki mereka seberat tiga kilogram di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara. Menurut Jehan, bayinya lahir dengan diiringi letupan di sekeliling hospital sempena perayaaan Tahun Baru Cina Hokkien.

“Bayi kami lahir awal. Isteri saya sepatutnya dijangka bersalin sekitar minggu pertama Mac. Jadi, doktor buat pembedahan kecemasan.

“Berat badan pun dikira cukup baik meski dia dilahirkan dua atau tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan. Boleh dikatakan kelahiran bayi Axel meriah disambut letupan mercun di sana sini,” katanya.

Image_4.jpg

Pelakon filem ’10 Tips Tipu Bini’ ini amat teruja bergelar bapa. Dia memaklumkan isteri dan bayi mereka dalam keadaan baik.

“Buat masa ini, mereka berdua masih berehat lagi di hospital. Sebaik keluar hospital nanti, isteri akan menjalani tempoh berpantang di rumah bersama keluarga,” jelasnya.

Terdahulu, Jehan berkongsikan berita gembira dengan mengesahkan isterinya hamil anak pertama pada September lalu. Untuk makluman, Jehan mendirikan rumah tangga dengan wanita warga Korea Selatan itu pada 2013.

Image_5.jpg

Image_6.jpg

8 TAHUN BERKAHWIN – JEHAN MISKIN & ISTERI TAK SABAR MENANTI ANAK SULUNG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker