Kabinet KYDMM Agong Perlu Dibentuk – Tengku Putra Jumat

Agong Perlu Pertimbang Kabinet ‘Kerajaan Beta’ Dalam Tempoh darurat.

Kenyataan Media

Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid B Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat.
ADUN Kempas N47
(2013-2018).

Tawaqquf Jawatan Di Kabinet, Salur Penjimatan Kepada Rakyat.

1. Darurat yang telah diisytiharkan pada 12 Januari 2021 oleh DYMM Yang DiPertuan Agong adalah kerana “penularan wabak Covid-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.”

2. Walaubagaimanapun, pelaksanaan PKP dan SOP dibawah proklamasi darurat ini semakin dilonggarkan; sektor ekonomi dan perkhidmatan yang dikategorikan “non-essential” pada asalnya kini dibenarkan beroperasi dan sekolah-sekolah juga akan dibuka mulai minggu hadapan.

3. Namun demikian, Parlimen masih tidak boleh bersidang sehingga bulan Ogos.

4. Maka, pengisytiharan Darurat itu ternyata bukan lagi khusus untuk menurunkan angka kes Covid tetapi khas untuk mengekalkan kedudukan Perdana Menteri yg sebelum ini sentiasa di bawah ugutan ahli2 Parlimen.

5. Syahadan, jika sahih Kerajaan kini adalah Kerajaan KDYMM Yang DiPertuan Agong, maka kami mohon menyarankan kepada KDYMM Tuanku untuk mempertimbangkan jumlah keahlian Kabinet Tuanku ke angka yang lebih sesuai dan munasabah dibawah Perintah Darurat dan fasal yang sama dalam Perlembagaan Persekutuan.

6. Tawaqqufkan jawatan menteri- menteri dan timbalan-timbalan menteri yang tidak penting ketika ini, di mana tugasan mereka boleh diangkat oleh ketua2 setiausaha yg melapor kepada menteri2 kanan.

7. Setiap bulan, rakyat menanggung hampir RM3 juta untuk menggajikan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri ini.

8. Beberapa kementerian boleh digabungkan dan diselia oleh menteri-menteri kanan, dimana ketua-ketua setiausaha kementerian terbabit boleh diarah melapor kepada menteri-menteri kanan berkenaan.

9.Anggota Kabinet yang mungkin digugurkan itu tetap akan mendapat gaji dan peruntukan bulanan mereka sebagai ahli parlimen dan senator, cuma bukan sebagai menteri dan timbalan menteri sahaja.

10.Ramai rakyat Tuanku yang sudah kehilangan pekerjaan atau di potong gaji mereka akibat pandemik Covid ini.

11. Sudah tiba masanya untuk Kerajaan mengambil “austerity measures” dan memimpin melalui teladan dengan mentawakufkan kedudukkan Menteri-menteri dan timbalan di kementerian-kementerian yang boleh berfungsi tanpa kehadiran mereka.

12. Jika YAB Perdana Menteri tidak sanggup berbuat demikian kerana takut kehilangan sokongan dari parti-parti tertentu, KDYMM Yang DiPertuan Agong wajar memutus-titahkan perkara ini selari dengan keadaan Darurat yang telah Baginda isytiharkan sebulan lepas.

13.Kerajaan ketika ini adalah Kerajaan KDYMM Yang DiPertuan Agong dan Rakyat amat berharap agar Tuanku dan anggota Kabinet Tuanku benar benar dapat merasai “denyutan nadi rakyat” seperti mana yang sering dilaung-laungkan oleh ahli-ahli politik ini. Pembaziran semestinya dibendung dan penjimatan yang dibuat boleh disalurkan kepada usaha yang lebih murni.

14. Ketika pandemik dan darurat ini, sudah tentu kita tidak memerlukan sebuah Kabinet yang sembab dari segi jumlahnya, iaitu seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri.

15. Sekian.

The Residence,
Johor Bahru, Johor.
22hb Februari 2021.
9 Rejab 1442H.

MAHATHIR MULA MENYERANG KESAHIHAN PERLANTIKAN PM OLEH YANG DIPERTUAN AGONG?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker