Mohon Komputer Riba Percuma Tapi Dalam Rumah Parking Kereta Vellfire

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim melihat pelbagai ragam masyarakat ketika menyediakan komputer riba dan tablet secara percuma kepada golongan yang memerlukan.

Pada ketika ada isi rumah yang mempunyai kereta mewah Vellfire memohon komputer percuma, terdapat juga keluarga kurang berkemampuan yang segan untuk memohon.

Steven memberitahu Sinchew Daily, terdapat juga keluarga mendakwa tidak mempunyai komputer, tetapi lawatan ke rumah pula menunjukkan keadaan berlainan.

stevensim

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong

“Ketika lawatan rumah, si ibu memberitahu kami bahawa rumah mereka tiada komputer, tetapi anak dalam rumah pula menjerit meminta komputer yang ada segera disembunyikan.

“Saya betul-betul berharap supaya hanya mereka yang betul-betul memerlukan akan melakukan permohonan kerana sumber kami adalah terhad,” katanya.

Steven juga mended4hkan terdapat rumah yang mempunyai kereta mewah seperti Vellfire dan Mercedes, tetapi turut meminta komputer percuma.

“Saya faham mungkin ada yang mempunyai kereta mewah, tetapi mereka telah hilang perniagaan dan pekerjaan kerana keadaan w4b4k.

“Selain itu, ada juga keluarga yang mempunyai banyak anak dan mahu sebuah komputer tambahan,” katanya.

Menurut Steven, pihaknya justeru melakukan saringan empat peringkat untuk memastikan hanya golongan yang memerlukan mendapat kelengkapan itu.

“Kami hanya mempunyai 400 kelengkapan, tetapi yang memohon adalah 1,500 orang.

“Kami akan mengutamakan pelajar kolej, universiti dan pelajar menengah atas dalam pengagihan komputer riba.

“Untuk pelajar tingkatan satu ke bawah termasuk murid sekolah rendah darjah lima dan enam pula, mereka akan diagihkan tablet,” katanya.

Disebabkan kekurangan sumber, Steven berkata, murid darjah satu hingga empat tidak dapat menerima gajet pada masa ini.

Sumber : Malaysia Gazettehttps://my-tv.online/2020/11/16/ibu-tunggal-mengaku-salah-miliki-komputer-riba-curi/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker