Pahang Sediakan RM9 Juta Bantu Mangsa Banjir

RM9 Juta Disediakan Kerajaan Pahang Bantu Mangsa Banjir

Kerajaan Negeri Pahang menyediakan sejumlah RM9 juta untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang melanda awal tahun 2021.

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/02/VID-20210222-WA0034.mp4[/KGVID]

Menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail peruntukan tersebut diluluskan bagi memberi kelegaan buat mangsa banjir yang terjejas.

Menurut Wan Rosdy lagi peruntukan daripada pihak NADMA juga akan disalurkan kepada mereka yang terlibat dalam musibah banjir.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan Wang Ihsan Mangsa Banjir 2021 di perkarangan Masjid Cheroh, Raub.

Raub dipilih sebagai daerah pertama menerima bantuan daripada kerajaan negeri dan akan diikuti 9 lagi daerah yang terjejas.

Setiap Ketua Isi Keluarga (KIR) akan menerima wang tunai sejumlah RM500 dan ini melibatkan 18,726 KIR seluruh Pahang.

Untuk daerah Raub sahaja sejumlah RM 658,500.00 disediakan bagi 1,317 KIR. Temerloh pula mencatat KIR paling ramai iaitu 6,729 dan peruntukan sebanyak RM 3,364,500 disediakan untuk diagihkan kepada KIR.

Wan Rosdy juga menjelaskan bantuan daripada NADMA akan diagihkan mengikut ‘kluster’ yang telah dikategorikan.

Beliau juga memberitahu dengan kedudukan kewangan kerajaan negeri yang agak stabil membolehkan peruntukan kepada mangsa direalisasikan walau agak kecil jumlahnya.

PPBM Tidak Perlu Bertanding Di Pahang – Wan Rosdy

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker