PROVOKASI & FITNAH ISU ‘PERSENDA’ BINTANG KPOP – JANNA NICK BERSUMPAH, LAPOR POLIS

 

Gara-gara sebuah video mendakwa Janna Nick dan Sharifah Sakinah mempersendakan pemergian bintang Kpop iaitu Jonghyun tiga tahun lalu, kedua-dua pelakon ini telah menjadi trending di Twitter.

Isu tersebut dibangkitkan kembali oleh peminat K-Pop apabila Janna didakwa tidak menghormati kematian bintang itu kerana bergelak ketawa selepas diusik Sharifah Sakinah dalam video tersebut.

Enggan memanjangkan isu tersebut, Janna bagaimanapun telah memohon maaf jika ada meyinggung perasaan mana-mana pihak meskipun merasakan dirinya difitnah.

Tampil menjelaskan apa yang berlaku ketika tiga tahun lalu, Janna berkata dia langsung tidak tahu tentang maksud sebenar gurauan Sakinah dan hanya ketawa kerana pelakon itu suka bergurau.

Image_2.jpg

“Sekarang ni macam mana! Korang dah fitnah saya, korang expect saya nak minta maaf. Disebabkan saya tak suka layan benda-benda ni, tak apalah saya minta maaf walaupun saya tak puas hati.

“Saya minta maaf kepada adik-adik peminat si mati, peminat fanatik K-Pop, saya minta maaf sekiranya saya tercuit dan perkara itu buatkan awak terasa, saya minta maaf.

“Jujur demi Allah, saya tak tahu menahu pasal video artis K-Pop itu. Saya tak tahu pun Sakinah rakam video itu tuju untuk dia, saya tak tahu langsung, hanya gelak sahaja dalam video itu.

“Tapi kalau perkara ini diperbesarkan sampai melibatkan emak saya, perkara ini dah tak kelakar jadi saya nak bagitahu saya sumpah demi Allah, saya tak tahu,” jelasnya.

Image_3.jpg

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Janna turut memegang kitab suci Al-Quran ketika membuat penjelasan tersebut. Dalam pada itu, Janna turut menyifatkan bahasa digunakan oleh segelintir peminat K-Pop agak kasar.

“Bahasa peminat K-Pop ni terlalu kasar, terlalu kesat, untuk saya, segala kritikan kalau orang kutuk lakonan saya tak bagus saya menyanyi tak sedap saya boleh terima. Kalau orang nak cakap arahan saya tak bagus pun saya boleh terima,” tuturnya.

Namun isu berkenaan tidak habis di situ apabila Janna dikatakan masih menerima provokasi daripada peminat Kpop yang tidak berpuas hati.

Image_4.jpg

Malah nama Janna juga trending di media sosial dengan hashtag #jannanickisgoingtojailparty. Dalam pada itu, Janna difahamkan telah membuat laporan polis terhadap beberapa akaun yang didakwa mencetuskan provokasi dan fitnah terhadapnya.

“Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua akaun yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya. Segala screenshot telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat,” katanya.

Terbaru, akaun Instagram dan Twitter pelakon ‘Melastik Ke Hatimu’ ini dikatakan sudah ‘tiada’. Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada akaun tersebut telah dinyahaktif pelakon ini sendiri atau lenyap hasil aduan yang dibuat peminat-peminat yang masih marah.

Image_5.jpg

ISU JANNA NICK – USTAZ ABU SAMAKAN NASIB, KERAP DIFITNAH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker