Selepas Hariff Saleh, kini giliran rakan sepasukan Quintero kuasai perlumbaan di Turki


Carlos Quintero, Metkel Eyon

21/02/2021 11:52 PM

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Sehari selepas pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Saleh merangkul kejuaraan Grand Prix (GP) Velo Manavgat berstatus 1.2, pelumba pasukan itu sekali lagi memperagakan aksi cemerlang apabila mendominasi GP Alanya di Turki, hari ini.

Pelumba dari Colombia, Carlos Quintero mengungguli perlumbaan sejauh 106 kilometer apabila berjaya melepasi garisan penamat di bandar Gundogmus dengan catatan masa dua jam 40 minit 33 saat manakala rakan sepasukan Metkel Eyon dari Eritrea menduduki tempat ketiga.



Tempat kedua dimenangi pelumba Amerika Syarikat, Alex Hoehn dari pasukan Wildife Generation Pro Cycling.

Seorang lagi pelumba TSG Artem Ovechkin dari Rusia hanya mampu menduduki tempat ke-12 dengan ketinggalan 11 minit.

Cyclist Harrif Saleh carving path as entrepreneur

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker