Dikecam Gel4r Lisa ‘Blackpig’, Janna Nick Tutup IG & Twitter?

Belum lagi reda dengan isu didakwa mempersenda kematian bintang K-Pop sehingga bersumpah sambil memegang Al-Quran, pelakon dan pengacara popular Janna Nick sekali lagi terpalit dengan kontroversi lain.

Terbaru, Janna dikecam gara-gara nama satu watak dalam telefilem terbarunya, Delen apabila didakwa menghina ahli kumpulan Blackpink dengan menggelarkannya sebagai Lisa ‘Blackpig’. Tindakan Janna itu sekaligus mengundang kemarahan daripada netizen terutama peminat K-Pop.

Malah, Instagram dan Twitter milik Janna juga sudah tiada. Namun tidak dapat dipastikan sama ada sudah dinyahaktifkan oleh Janna atau disebabkan report yang dibuat oleh netizen.

Namun, di Twitter Hashtag #jannanickisgoingpartyjail masih lagi trending dan pelbagai kecaman daripada peminat K-Pop diterima oleh pelakon itu termasuk dari luar negara.

apparently janna nick’s Instagram account is now gone, it’s either being deactivated by her or being deleted by Instagram because of the mass report! #jannanickisgoingtojailparty pic.twitter.com/bAlR5LxHhw

— moon : jail era ? (@shotaroily) February 21, 2021

Difahamkan, sebelum itu Janna sempat memuat naik status di Twitter di mana dia membuat laporan polis terhadap pihak yang telah mencetuskan provokasi serta melemparkan fitnah terhadapnya sebelum akaunnya hilang.

Setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Janna mengenai isu tersebut. Terdahulu, Janna menafikan dakwaan tidak menghormati kematian seorang bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu apabila videonya diperkatakan kembali.

[VIDEO] Janna Nick menyelar peminat K-POP – MEMANG SEMUA PEMINAT KPOP MACAM NI?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker