Setiausaha Akhbar Menteri Dakwa Wujud ‘Agama Najib’

Setiausaha Akhbar Dakwa ‘Agama Najib’ Wujud

Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah menggemparkan netizen apabila menyatakan ada ‘Agama Najib’. Beliau merujuk kepada netizen yang berkomen di facebooknya.

Jajaran Baru

Sebagaimana diketahui, Setiausaha Akhbar tersebut turut menjawat jawatan Timbalan Ketua Umno Putrajaya menulis demikian ketika menjawap komen netizen mengenai tulisannya mengaitkan apa yang didakwanya sebagai jajaran baru politik.

Beliau menulis mengenai jajaran baru tersebut berdasarkan temuramah Dato Sri Najib malam tadi di Awani.

Tun Faisal yang dijangkakan akan menghadap Lembaga Disiplin Umno pada Khamis ini cuba memberi bayangan dakwaan mengenai kerjasama baru itu benar.

Tidak Beri Bukti

Sebagaimana diketahui, dakwaan jajaran baru diketengahkan ketika Tan Sri Annuar Musa membuat sidang media dan mendedahkan apa yang didakwanya sebagai surat sokongan kepada Anwar Ibrahim oleh 2 orang kepimpinan Umno.

Bagaimanapun sehingga hari ini, surat tersebut tidak didedahkan kandungannya dan pihak Ibu Pejabat Umno telah menafikan surat itu.

Sejak sidang media Annuar Musa, Setiausaha Akhbar beliau tidak henti-henti menyerang kepimpinan Umno dengan pelbagai dakwaan. Bagaimanapun beliau turut tidak dapat membuktikan kewujudan serta kesahihan dakwaan mengenai jajaran baru politik tersebut.

Najib Jawap Kekeliruan

Dalam pada itu Najib pula menaikmuat hantaran baru di laman facebooknya mengenai kekeliruan kerjasama politik yang beliau sentuh dalam wawancara bersama Awani.

Beliau menjelaskan maksud sebenar apa yang dimaksudkannya apabila ditebak soalan daripada wartawan.

Bagi Setiausaha Akhbar itu pula beliau cuba membela diri dalam komentar facebooknya bila cuba menterjemahkan cadangan sebagai naratif untuk ‘menghalalkan’ dakwaannya.

Berdepan Lembaga Disiplin Umno

Mungkin TKUB tersebut sedang bergelut memikirkan nasib politik beliau bila berdepan LDU nanti. Kekusutan berfikir biasanya mempengaruhi kewarasan seseorang dalam media sosial.

Apapun dakwaan beliau mengenai ‘Agama Najib’ agak melampaui batas dan sepatutnya beliau menumpukan kerja hakiki daripada terus mengulas mengenai politik dan wawancara Najib.

Tidak kurang juga netizen dengan persepsi serangan terhadap kepimpinan Umno didalangi ‘tangan ghaib’ yang memang mahu menghancurkan Umno. Pelbagai teori konspirasi disebut-sebut netizen dan didebatkan. Ini tidak baik untuk Umno dan amalan demokrasi Umno kerana ada pentas yang disediakan bagi membicarakan soal tersebut.

Tun Faisal Berdepan Pemecatan Umno?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker