SPRM Cari Siti Aisyah Siasat Kes Seleweng
Suruhajaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cari Siti Aisyah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan media bagi mencari seorang individu bernama Siti Aisyah Mohamed Amir.
KENYATAAN MEDIA SPRM
SPRM KESAN SITI AISYAH BANTU SIASATAN KES SELEWENG
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak kini sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan kes berkaitan penyelewengan.
Wanita tersebut, Siti Aisyah Mohamad Amir, 31, pemegang kad pengenalan 901124-08-5666 dan mempunyai alamat terakhir di Blok 2, Tingkat 10B, Berek Polis Seksyen 9, Persiaran Kayangan, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Abdul Jalil Hamdan di talian 019-600 2041 / 05-5261227 sambungan 135 atau emel ke alamat [email protected].
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
23 FEBRUARI 2021
Polis cari pemandu lori terlibat kes langgar lari di Puchong