Datuk sempat selamatkan cucu, seorang lagi dibawa arus deras
Oleh – Syeikh Baran
Seorang kanak-kanak lelaki sempat diselamatkan oleh datuknya manakala seorang lagi rakannya dikhuatiri lemas dalam kejadian di Sungai Pagalan, Kampung Paganatan di sini pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Aloysius Alfred, 13, hanyut akibat dibawa arus deras di sungai tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Sharudy Delamin berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.50 petang.
“Menurut maklumat, terdapat lima kanak-kanak mandi di sungai tersebut dengan ditemani oleh seorang dewasa iaitu datuk kepada mangsa yang terselamat.
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.