India lancar dua peluru berpandu jarak dekat


Foto: twitter/@DRDO_India

23/02/2021 04:26 PM

NEW DELHI, 23 Feb — Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan India (DRDO) berjaya melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat (VL-SRSAM), kata pegawai pada Selasa.

Menurut Agensi Berita Xinhua, pelancaran itu dibuat pada Isnin dari pelancar menegak statik dari kawasan ujian bersepadu (ITR) pantai Chandipur di daerah Balasore, kira-kira 208 km timur laut Bhubaneswar, ibu kota Odisha.



Menurut kementerian pertahanan, peluru berpandu itu direka dan dibangunkan oleh DRDO untuk tentera laut India.

Pegawai menyatakan pelancaran itu dipantau oleh saintis kanan dari pelbagai makmal DRDO yang terlibat dalam reka bentuk dan pembangunan sistem.

Menurut kementerian ujian itu membuktikan keberkesanan sistem senjata dan beberapa ujian lagi akan dibuat dalam masa terdekat sebelum ditempatkan di kapal tentera laut India.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker