ISU JANNA NICK – USTAZ ABU SAMAKAN NASIB, KERAP DIFITNAH

 

“Kasihan Janna Nick kena fitnah. Saya setuju dia saman orang yang fitnah. Saya dah rasa banyak kali kena fitnah. Saya doakan kaki-kaki fitnah ni dibalas dengan balasan setimpal.

“Ustaz Abu Syafiq sokong dan doakan untuk Janna Nick terus tabah dan teruskan sama,” ujar pendakwah Ustaz Abu Syafiq yang simpati dengan nasib Janna Nick dan bersetuju dengan tindakan pelakon dan pengacara itu mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah.

Dalam pada itu, Ustaz Abu turut menitipkan doa agar pelakon drama ‘Marry Me Senorita’ itu bertabah dengan kemelut yang sedang dihadapi. Mengikut pemerhatian, posting yang dimuat naik di Instagram (IG) itu sudah dipadam selepas beberapa jam dikongsikan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sebelum ini, Janna menjadi bualan ramai sehinggalah trending #jannanickisgoingtojail party di twitter selepas mencetuskan kemarahan peminat K-pop apabila dia dan Sakinah didakwa tidak menghormati pemergian bintang K-pop, Jonghyun. Tidak ingin memanjang isu, Janna tampil bersumpah dengan memegang kitab suci Al-Quran ketika membuat pengakuan.

Bagaimanapun, kontroversi ini tidak berakhir di situ apabila Janna didakwa menghina Lisa Blackpink dengan nama ganti yang digunakan adalah ‘Lisa Black Oink Oick’ (emoji bab#1)di ruangan komen. Sementara itu, Sakinah berkata dia memilih untuk tidak mengulas lanjut dan ingin memberi tumpuan kepada penggambaran drama.

Dikecam Gel4r Lisa ‘Blackpig’, Janna Nick Tutup IG & Twitter?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker