Semakin Slim, Netizen Teruja Dengan Penampilan Terbaru Sherry Alhadad

Sebut sahaja nama Sherry Alhadad ramai mengakui pelakon dan pengacara itu seorang yang sangat versatil. Jadi tidak hairan, wajah Sherry sering menghiasai kaca televisyen dan menjadi pengacara kegemaran ramai.

Baru-baru ini, perkongsian foto terbarunya menjadi perhatian ramai apabila tampil berbaju kurung warna kelabu. Ramai teruja melihat penampilan Sherry yang semakin kurus.

BACA: Usop Mohon Maaf Tak Sengaja Body Shaming Sherry Alhadad

Difahamkan, gambar tersebut diambil sewaktu rakaman konsert retro raya. Jika anda mengikuti Instagram Sherry, pengacara itu sering berkongsikan aktiviti harian termasuk melakukan senaman apabila mempunyai masa lapang.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji Sherry dilihat semakin cantik serta memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk mendapatkan berat badan idaman.

SHERRY ALHADAD: “MENGALIRKAN AIR MATA… INI KEMENANGAN PERTAMA SEPANJANG 36 TAHUN”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker