Suami isteri curi barang farmasi, pasar raya ditahan

ACP Nurulhuda Mohd Salleh (kanan)

23/02/2021 11:21 PM

KLANG, 23 Feb — Polis menahan pasangan suami isteri yang disyaki terlibat mencuri pelbagai barangan yang mempunyai nilai tinggi di farmasi, kedai serbaneka dan pasar raya di sekitar daerah ini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata kegiatan pasangan tersebut berjaya dihidu pihaknya susulan rakaman kamera litar tertutup sebuah farmasi di sekitar Klang Utara yang memperlihatkan mereka sedang memasukkan barang-barang curi ke dalam beg sandang milik mereka.



Katanya, pasangan tersebut memilih farmasi, kedai serbaneka dan pasar raya yang tidak mempunyai alat pengimbas barang di pintu keluar agar kegiatan mereka tidak dapat dikesan pihak premis.

Dua lelaki samun warga asing ditahan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker