COVID-19: Balai Polis Ampang kembali beroperasi

24/02/2021 07:42 PM

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Operasi Balai Polis Ampang yang digantung sementara kepada orang awam bermula semalam susulan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan anggota di balai itu, diaktifkan semula kira-kira 4 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata orang awam kini boleh berurusan di balai itu yang telah menjalani proses sanitasi.

“Kerja-kerja sanitasi telah dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak pertubuhan bukan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.



Sebelum ini media melaporkan 11 anggota polis di balai terbabit disahkan positif COVID-19, manakala sejumlah anggota serta kakitangan awam lain pula diarah menjalani kuarantin kendiri.

Jangkitan itu disahkan berpunca daripada beberapa kes orang kena tahan (OKT) yang didapati positif.

Sumber :- BERNAMA

Ketua balai polis ditahan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker