Bomba Perak pecah pintu rumah keluarkan dua mayat di Pasir Puteh

Bomba Perak pecah pintu rumah keluarkan dua mayat di Pasir Puteh

Bomba Perak pecah pintu rumah keluarkan dua mayat di Pasir Puteh
Bomba Perak hari ini menerima dua panggilan mengenai dua lelaki yang masing-masing ditemukan mati dalam dua rumah berasingan sekitar Pasir Puteh, di sini, hari ini bagi khidmat khas memecahkan pintu kedua-dua rumah itu yang terkunci dengan satu daripada mayat itu difahamkan sudah berulat. – Foto Ihsan JBPM Perak

IPOH: Bomba Perak menerima dua panggilan mengenai dua lelaki yang masing-masing ditemukan mati dalam dua rumah berasingan sekitar Pasir Puteh di sini hari ini, bagi khidmat khas memecahkan pintu kedua-dua rumah itu yang terkunci.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Azmil Kamaruddin, berkata panggilan pertama diterima jam 1.20 tengah hari tadi membabitkan mangsa lelaki warga emas berusia 80-an di Taman Pinji Mewah.

Beliau berkata, panggilan kedua membabitkan khidmat memecahkan pintu yang diterima jam 7.16 malam ini membabitkan mangsa lelaki juga warga emas berusia 70-an di Jalan Bunga Kala, Taman Pinji.

Difahamkan, mayat mangsa yang ditemukan di Taman Pinji sudah mereput dan dalam keadaan berulat di bahagian ruang tamu rumah itu, sementara mayat yang ditemukan di Taman Pinji Mewah difahamkan dalam keadaan sempurna dan berada berdekatan katil.

Azmil berkata, kedua-dua khidmat khas memecahkan pintu di dua rumah itu dijalankan selepas menerima maklumat dari polis yang memaklumkan mangsa berada dalam rumah yang terkunci.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN


“Anggota bertindak memecahkan pintu menggunakan peralatan khas. Kedua-dua mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital yang tiba di lokasi.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Bomba Perak pecah pintu rumah keluarkan dua mayat di Pasir Puteh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker