GAMBAR DENGAN SUAMI – ALYAH PELIK TAK TUNJUK SALAH, TUNJUK PUN SALAH

 

Penyanyi Datin Alyah telah menerima komen berbaur sindiran dan ia muncul sejurus dia muat naik hantaran gambar bersama suaminya, Datuk Ramli MS, semalam. Menurut Alyah yang juga penyanyi lagu ‘Meluruh’ itu, dia mengambil pendekatan menyekat pengguna akaun berkenaan.

“Tak tunjuk gambar dengan suami, dituduh macam-macam. Apabila muat naik di Instagram, lain pula dicakap. Apa yang netizen nak sebenarnya? Tak fahamlah dengan orang yang busuk hati. Saya muat naik detik bahagia, perkongsian dan rasa syukur. Rasanya tak kacau orang pun, tapi masih ada yang masuk Instagram saya bagi ayat sindiran.

“Kalau nak caci, maki dan hina saya di ruangan lain saya memang tak ambil peduli, tapi apabila masuk Instagram saya dan komen dengan ayat sindiran yang anda sendiri tidak tahu cerita dari awal, bermakna anda masuk rumah saya dan buat hal dalam rumah saya. Takkan saya nak diam. Saya mesti simbah air panas dengan orang macam ini. Biar dia tahu adab masuk rumah orang,” katanya.

Image_2.jpg

Alyah menjelaskan keterangan gambar ‘I’m not ur bibik anymore, Kita seri bro’ itu merujuk kepada hantaran yang pernah dimuat naik ketika program Gegar Vaganza musim ketujuh berlangsung tahun lalu.

“Ramai sangat yang buat spekulasi mengenai kapsyen bibik ni. Kapsyen ini sambungan gurauan saya untuk gambar saya bersama suami semasa peringkat separuh akhir GV yang lalu. Jadi tak perlulah menokok tambah cerita yang tak ada. Apa yang lepas tu biarlah berlalu,” tulisnya.

Gambar memaparkan Alyah dan suami berpakaian sedondon warna kuning itu diambil ketika majlis pernikahan anak perempuan Ramli hasil perkahwinan dengan Jennifer Thompson, baru-baru ini.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply