Kejayaan China basmi kemiskinan jadi ikutan negara asing

24/02/2021 04:49 PM

BEIJING, 24 Feb –Selepas bertungkus lumus selama lapan tahun, China berjaya menyempurnakan misi membasmi kemiskinan pada era baharu mengikut jadual yang ditetapkan.

Dengan membawa hampir 100 juta penduduk keluar daripada belenggu kemiskinan, prestasi China itu amat mengagumkan dan mendapat pujian ramai tokoh asing.



Rata-rata mereka beranggapan, kejayaan China turut memberikan idea kepada negara lain untuk dicontohi sekali gus menyumbang kepada pengurangan kemiskinan sejagat.

Pengarah Institut Dasar Afrika Kenya, Profesor Peter Kagwanja menyatakan dalam tempoh lebih 40 tahun sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, China telah membantu kira-kira 800 juta penduduk miskin mengubah status kehidupan.

“Afrika juga turut mendapat banyak manfaat dan pengalaman dari China dalam memerangi kemiskinan,” tambah beliau.

Kagwanja yang sering melawat China, mempunyai pemahaman mendalam mengenai perkembangan hubungan antara negara-negara Afrika dengan China.



“Selain lebih mengenali China, saya juga mahu mencari pengalaman pembangunan negara itu yang boleh ditimba Afrika,” jelasnya.

Pendekatan secara bersasar berserta langkah berkesan diambil mengikut keadaan setempat menjadi inti pati strategi pembasmian kemiskinan China yang dirumuskan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Rom, Oliviero Diliberto berpendapat pendekatan secara bersasar adalah kunci kepada China untuk mencapai kejayaan dalam misi berkenaan.

“Keadaan di setiap tempat adalah berbeza, maka pelaksanaan langkah perlu mengambil kira situasi setempat.



“Sebagai contoh, ada kawasan yang memerlukan fasiliti pengairan atau perubatan, dan ada yang mahu membina sekolah,” katanya.

Justeru, Oliviero berkata, pendekatan bersasar itu menjadi kunci kejayaan kepada misi membanteras kemiskinan di China.

China mahu bersama dunia basmi kemiskinan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button