Letak Syarat Hadap Lembaga Disiplin

Syarat Untuk Hadap Lembaga Disiplin Umno

Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah yang jugaTimbalan Ketua Bahagian Umno Putrajaya meletakkan syarat bagi berdepan Lembaga Disiplin Umno (LDU).

Tun Faisal dijadualkan bertemu LDU pada 25 Februari 2021 bagaimanapun telah ditunda ke tarikh lain.

Dalam sepucuk surat lain kepada LDU, TKUB Putrajaya meletakkan 3 syarat sebagai permintaan persediaan beliau berdepan Tribunal.

Permintaan Atau Syarat?

Permintaan Tun Faisal ini agak pelik dan seolah mahu menggambarkan beliau berdepan tindakan sivil dalam sebuah mahkamah.

Perlu diingatkan Tribunal Lembaga Disiplin Umno bukanlah bersifat seperti mahkamah sehingga perlu kehadiran peguam. Syarat TKUB itu yang mahu LDU mendedahkan butiran pengadu nampaknya seperti mempersoalkan intergriti LDU itu sendiri.

Jika beliau yakin LDU tidak boleh mengambil tindakan keatasnya mengapa Tun Faisal meletakkan syarat? Hanya mereka yang ketakutan sahaja akan meminta seperti itu.

Perlembagaan Umno

Dibawah TATAETIKA UMNO seperti tercatat dalam Perlembagaan Umno 5.3 – Penerbitan dan Penggunaan Media Massa Elektronik atau Internet bagi mengkritik parti adalah melanggar Perlembagaan Umno.

Dalam hal ini secara jelas Tun Faisal telah menuduh, mengkritik serta mendakwa kewujudan sepucuk surat sokongan Umno kepada Anwar Ibrahim tanpa mengemukakan bukti sahih dan kukuh.

Walaupun Ibu Pejabat Umno Pusat telah mengeluarkan kenyataan menafikan surat tersebut, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah berulang kali menulis secara terbuka mengenai dakwaannya.

Bak kata pepatah “Berani Buat Berani Tanggung”, maka Tun Faisal perlu bertanggungjawab atas dakwaan beliau sendiri terhadap parti.

Beliau bukan sahaja membuat dakwaan dakwaan begitu dalam media sosial malah baru-baru ini turut melabelkan penyokong Najib Razak sebagai penganut ‘Agama Najib’.

Kenyataan Tun Faisal

Sebagai seorang Timbalan Ketua Bahagian, beliau mempunyai akses yang baik untuk bertemu dengan Presiden parti bagi menanyakan sendiri dakwaan yang didakwa Tan Sri Annuar Musa mengenai sokongan kepada Anwar dalam satu sidang media.

Mengapa beliau memilih medium media sosial bagi membuat dakwaan tanpa memberikan bukti? Seringkali juga beliau membuat dakwaan wujud ‘jajaran baru’ kerjasama politik antara Umno, Anwar dan DAP.

Bagaimanapun sehingga hari ini, semua dakwaan hanyalah persepsi malah tiada bukti Umno berkerjasama dengan Dap atau Anwar.

Tun Faisal Berdepan Pemecatan Umno?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker